Want your own Fotopage?

|
|
rajiah's FotoPage
By: rajiah hasan
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[Archive]
|
|
|
|
| Thursday, 5-Aug-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengembaraan ke Ireland
|
 |
|
Museum Dublinia di Dublin
|
|
 |
|
Kedai cenderahati di Dublin
|
|
 |
|
Tasik di Glendalough
|
|
 |
|
Depan kubur silam di Glendalough
|
|
 |
|
di Giant's Causeaway, Northern Ireland
|
|
 |
|
Giant's Boot di Giant's Causeaway
|
|
 |
|
perkhidmatan bas dipuncak Giant's Causeaway
|
|
 |
|
Aqilah + Angah (anak K.Emma) di PortStewart
|
|
 |
|
dengan Hakim (anak Yumi) di Port Rush
|
| | View all 15 photos... |
|
Alhamdulillah seronok dan puas hati. 5 hari di pulau Ireland, kami berkesempatan melawat Republik of Ireland (di kawasan Dublin dan sekitarnya) dan Northern Ireland, UK.
Perjalanan yang dirancang juga berjalan lancar dan kemas. Penerbangan dari Edinburgh ke Belfast kemudian mengambil kereta yang disewa (telah ditempah awal) di lapangan terbang antarabangsa Belfast. Kami menyewa kereta selama 5 hari. Hari itu juga kami ke Dublin, Republik of Ireland. Kelakar juga bila tiada sebarang tanda sempadan antara Northen Ireland dan Republik berkenaan! Kami bayangkan ada sempadan imigresen seperti di bukit kayu hitam. Bersiar-siar sekitar Dublin, dan ke lokasi penggambaraan filem Braveheart di Glendalough. Tidur semalaman di Dublin.
Esoknya petamg kami bertolak ke Northern Ireland semula, iaitu Coleraine, bermalam di rumah Yumi. 2 hari berjalan-jalan sekitar Coleraine yang berada di utara pulau Ireland, menikmati angin di pantai laut Antartika di Port Stewart, Port Rush, Giant's Causeaway, sungai di Drumaheglis Marina, kawasan tanah tinggi Carrick-A-Rede dan ladang utara Ireland sebelum turun semula ke Belfast pada hari kelima pengembaraan. Berjalan-jalan sekitar bandar Belfast, dan menaiki semula penerbangan ke Edinburgh jam 9.00 malamnya.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan Edinburgh (1)
|
 |
|
Aqilah di Gala
|
|
 |
|
Hadi di Gala
|
|
 |
|
Aqilah naik kereta pusing
|
|
 |
|
orang "gemuk" di Gala
|
|
 |
|
depan National Gallery
|
|
 |
|
dalam National Gallery
|
| | View all 17 photos... |
|
kali ini saya nak paparkan gambar aktiviti jalan-jalan di Edinburgh..
1. Semasa Dalry Gala 12 Jun 2004 (SABTU)
Dibuat di kawasan padang penempatan Murrieston Place. Berjalan kaki beberapa langkah saja dari rumah kami. Banyak jualan di tepi-tepi padang. Ada gerai-gerai ala CarBoot Sale kecil-kecilan. Ada gerai makan-makan banyaknya anjuran gereja berdekatan. Saya berkata pula pada suami, tak terfikir pula nak cuba join buka gerai kat pesta tu, jual makanan Malaysia yang berupa snek. Macam jemput-jemput ke, goreng pisang ke dan lain-lain. Mesti ada yang beli!
Di sebelah hujung padang ada pentas untuk persembahan. Kami sempatlah menyaksikan ballet, tarian "hentak kaki" budak-budak perempuan sekolah rendahdan semacam "puppet show". Ramai juga penduduk sekitar Gorgie Dalry yang hadir. Maklumlah cuaca cantik. Dah nak masuk summer ni, orang putih memang suka berjemur.
Ada banyak juga permainan kanak- Merry Go Round ada 2 buah, litar GoCart kanak-kanak, "istana" lompat-lompat dan sebuah "istana" yang saya pun tak tahu apa didalamnya. Aqilah naik Merry Go Round tu kedua-duanya ( �£1 sekepala sekali pusingan). Ada juga badut kaki tinggi macam galah. Badut gemuk dan besar. Kalakarnya bila Budak-budak baya-baya Aqilah ramai yang takut pada badut gemuk tu (termasuklah Aqilah). Hampir menangis sewaktu bergambar dengannya (lebih-lebih lagi bila tangan monster tu nak pegang dia!)
Kami balik awal. Belum jam 2.00 petang. Badan Hadi panas sikit. Dia pun nampaknya tak aktif, kesian.. muka budak demam. Masa tu cuaca semakin panas pula. Cahaya matahari banyak. Dengarnya hari itu suhunya 20 darjah celcius. Mungkin Hadi semakin tak selesa. Dapatlah kami bergambar-gambar dan turut serta sikit-sikit aktiviti kejiranan di sini...
2. Semasa Jalan-jalan di National Gallery dan Royal Mile / High Street (Old Town) 13 Jun 2004 (AHAD) dan 20 Jun 2004 (AHAD)
National Galleries of Scotland ialah antara tempat yang belum pernah kami pergi, percuma, dibuka pada hari Ahad. Tak jauh, berada di Princess Street. Banyak mempamerkan lukisan-lukisan karya pelukis sejak ratusan tahun dahulu. Ada yang dari tahun 1600-an lagi. Besar, gah, hebat dan agung. Cantik. Saya yang "buta seni lukis" ni pun terpegun melihat keindahan potret-potretnya. Terasa macam "hidup", wajah-wajah yang memandang dan pemandangan.
Dari situ, kami menaiki tangga, ke arah High Street, juga kawasan istana lama dan castle yang terkenal di Edinburgh ini. Tidak ke castle, kami sekadar menyusur jalan ke The Writter's Museum, malangnya ditutup pada hari Ahad. Terus melalui celah-celah bangunan lama. Terperasan satu papan tanda "masuk percuma" untuk ke Gladstone's Land ( rezeki kami, hari itu saja percumanya) di Edinburgh Royal Mile dekat dengan castle.
Gladstone's Land adalah sebuah apartment lama (sejak kurun ke-17) yang dipelihara. Semua hiasan dalamnya, perabotnya adalah yang asli. Terasa macam kembali ke kurun ke 17 bila menjejakkan kaki ke dalamnya (macam seram juga tu..)..
3. Botanical Garden 4 Julai 2004 (AHAD)
Ahad kami sekeluarga ke Royal Botanical Garden. Harus 2 kali tukar bas. dari rumah kami ke Princess Street, tak ada masalah. Dari Princess Street tunggu bas nombor 27 pula untuk ke lokasi tersebut. Aqilah dan Hadi seronoklah. tak sabar-sabar nak pergi garden.
Beberapa jam pertama semuanya OK.. seronok. Hadi sibuk mengejar burung merpati putih yang amat jinak, datang berkumpul bila ditabur makanan (saya bawa biskut). Terjerit-jerit dia bila dikerumun burung. Aqilah pun terjerit-jerit bila tupai kecil datang terkedek-kedek mengendeng biskut. Jika kita suakan, takut-takut pula mahu mengambil, namun bila diletakkan biskut ditanah, cepat datang dan mengambil sebelum makan didepan kita! Comel dan jinak sungguh. Terdapat ribuan spesis pokok-pokok dan bunga dari seluruh dunia. Rasanya kalau pencinta tumbuhan tengok, semacam tak nak balik rumah!
Masuk rumah kaca yanga besar. Free Of Charge. Banyak tumbuhan dari negara-negara berlainan iklim - dari khatulistiwa, tropika hinggalah gurun. Bangga seketika bila melihat tumbuhan-tumbuhan dari Malaysia. Dalam leka melihat tumbuhan, saya disengat bumbble bee! tiba-tiba pedih di kaki. Alhamdulillah seekor aje.. pedih dan bisa sedikit. Kira OK lah..
Habis melaewat rumah kaca, Hadi pula yang sedang lari terkedek-kedek jatuh tersungkur di jalan bertar! Kulit hidung mengelupas terluka, berdarah. Bimbang juga rawan hidung patah. Namun Alhamdulillah nampaknya OK. Dasar anak lelaki, cuma menangis sekejap, lepas tu sibuk mengejar merpati dan tupai lagi!
Hari ini, nampak comot benar muka Hadi. Dengan luka di hujung hidungnya dah mengeras kerak coklat, banyak pula tu! Gigitan bumbble bee pun nampaknya dah tak sakit lagi, cuma gatal-gatal. Saya sapukan krim antiseptik Savlon..
4 jam di Royal Botanical Garden.. penuh kegirangan dan kenangan...!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jun-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PENGEMBARAAN KELUARGA KE UTARA SCOTLAND
|
|
INI ADALAH LIPUTAN PERJALANAN KAMI KE UTARA SCOTLAND ITU HARI....
1 Jun 2004 / 12 Rabiulakhir 1425 (Selasa)
Yumi and Companynya sampai petang Jumaat. Dari Colaraine mereka ke Belfast menaiki keretapi. Belfast ke Glasgow menaiki feri, Glasgow ke Edinburgh menaiki bas. 10 jam baru sampai. Kami menyewa 2 kereta sebab setiap keluarga ada 4 ahli, sewa MPV tak cukup tempat duduk (paraturan disini, setiap manusia mesti duduk atas tempat duduk sendiri- kanak-kanak berada di <A TITLE="Click for more information about car" STYLE="text-decoration: none; border-bottom: medium solid green;" HREF="http://search.targetwords.com/u.search?x=5977|1||||cars|AA1VDw">car</A> seatnya, tak boleh riba).
Hari pertama, Sabtu 29 Mei seawal jam 5.30 pagi dah keluar rumah. Jam tu dah terang benderang dah (matahari naik jam 4.36 pagi). Kami ke utara Scotland. Hajat di hati nak ke Loch Ness. Melalui ke semua bandar-bandar yang ditulis dalam catatan sebelum ini. Perjalanan pergi ikut jalan kampung - Tourist Trail To Pitlochry. Ditemani oleh kabus dan pemandangan ladang bebiri, lembu, bukit bukau, sungai dan hutan pokok pine. Cantik. Sampai Loch Ness yang terkenal dengan lagenda Naga Nessie. Benar kata Ais Cream dalam Chatterbox, tasik di sebelah Oban, Fort William lagi lawa. Kami tak sempat nak terus ke barat Scotland. Pulang ke Edinburgh petang itu juga.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Jun-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musim bunga (spring) di Edinburgh
|
|
|
Ini adalah gambar-gambar sewaktu musim bunga (sekarang ni). Berlangsung dari Mac - Jun. Suhu di Edinburgh nyaman saja. Sekitar 15 - 16 darjah celcius. Namun berangin. Angin itulah yang sejuk. Tapi kira OK lah, tak payah pakai baju sejuk berlapis-lapis.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musim dingin (winter) di Edinburgh
|
|
Di sini musim dingin selalu jatuh pd Disember - Februari. Edinburgh tak banyak salji.. turun pun jarang-jarang, tapi sejuknya amat sekali. Kata orang, kalau salji dah turun, tak berapa sejuk.. masalahnya kalau salji tak turun-turun.. itu yg lebih sejuk...
Angin yg bawa angin sejuk dinamakan artic blast... 0)
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
musim luruh (autumn) di Edinburgh
|
|
Kedatangan kami disambut oleh musim luruh. September - November 2003. Mula-mula selalu sangat sejuk kaki dan tangan... Dah kena pakai pakaian tebal untuk keluar rumah...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengembaraan ke England 9 April-12 April
|
|
13 April 2004 / 23 Safar 1425 (Selasa)
DAH BALIK RUMAH
Penat tapi seronok. Itu yang dapat saya gambarkan hasil pengembaraan selama 4 hari ke satu per empat England. Aqilah dan Hadi juga penat. Kami mulakan pengembaraan dari jam 8.30 pagi, melalui jalan A1 ke Berwick upon Tweed, sebuah bandar kecil, tapi cantik dan bersih. Kemudian kami ke Alnwick, melawat Alnwick Garden and Castle, terus ke Newcastle makan tengahari di rumah Abg Kamim, pelajar PhD di sana dan ke Middlesbrough, bermalam di Hotel Baltimore.
Hari Sabtu kami terus ke Scarborough, menikmati tepian pantai England. Angin sejuk sekali, rasanya tak lah secantik pantai kita di Malaysia, dan banyak sekali Casino serta pusat hiburan. Kami lalu York, singgah Tesco Extra di sana. Terus ke Manchester (paling bengang kat sini sebab sesat teruk - hampir 3 jam dalam bandarnya, anak-anak mula mengamuk sebab bosan dalam kereta) singgah Trafford Centre ( pusat belibelah terbesar di Manchaster) dan tidur di Hotel Brittania Sachas, Manchaster. Sedap suhu di England. Dalam 15 darjah celsius, terasa macam aircond dan selesa. Tidak seperti di Scotland yang masih sejuk walau dah masuk musim bunga.
Hari Ahad kami meneruskan perjalanan ke Preston, tak sempat singgah Liverpool kami terus ke Blackpool iaitu ke tepian pantainya, banyak taman tema, ada rollercoster tertinggi di dunia. Ramai sungguh orang di sana. Kami makan ayam SFC, kedai macam KFC, halal milik orang pakistan. Sempat lagi singgah Car Boot Sale yang dijumpai dalam perjalanan ke Blackpool. Lalu Benrith, Kendal, kami ke Ullswater Steamer pula di Lake District, sebuah tasik yang besar dan Subhanallah amat cantik. Kami bermalam di Hotel Swallow Hilltop, Carlisle (sudah berada di sempadan England/Scotland). Banyak pula kedai dan pasaraya ditutup kerana cuti Bank Day selepas Easter.
Isninnya kami melawat-lawat sekitar Carlisle, terus ke Moffat, pekan kecil dan cantik, bangunan yang cantik, pemamndangan bukit bukau, banyak pelancong. Makan tengahari di Abington, tempat rehat di lebuhraya, hajat di hati nak ke Stirling (di utara Edinburgh), namun memandangkan Liza sudah pening dan penat, kami terus pulang ke Edinburgh. Rupanya ada hikmah disebaliknya, kerana tayar MPV pecah dalam perjalanan pulang ( lagi 7 batu dari Hermiston, Edinburgh). Malangnya tiada kelengkapan alat untuk tukar tayar dalam MPV! Terpaksa telifon Khairul dan Abg Zamri, dari jauh mereka datang bawa spanar. Hampir 1 jam di situ, baru sampai rumah.
Malamnya kami ronda Edinburgh. Adat di sini, jam 9.00 malam sudah sunyi. Semua kedai ditutup sejak jam 5.00 petang. Bosan, teringat KL, jam 9.00 malam masih "hidup". Tadi kami meronda pula ke Elmondville, Livingston. Semacam "Syurga" membeli belah di Edinburgh. Namun tak digelar syurga bagi kami yg berpoket nipis ni! Sekadar beli barang makanan di ASDA WAL MART. Kenderaan harus dipulangkan pada jam 2 petang, maka pulanglah kami ke rumah.
Pastinya, banyak kenangan manis, kurang manis, pemandangan cantik desa, ladang , bukit bukau, tasik,laut dan bandar kawasan perindustrian yg telah dilihat. Banyak juga manusia yang kami jumpa. Didapati ada bezanya orang England dan Scotland. Hadi dan Aqilah pun nampaknya dapat banyak ilmu baru.
wassalam
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Dec-2003 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengembaraan keluarga ke St Andrews dan Dundee
|
|
21 Disember 2003 (Ahad)
Cuaca amat elok hari ini. Kami keluar rumah jam 9.00 pagi untuk ke St Andrews dan Dundee pula. Bandar St Andrews, kecil, bersih dan senyap! Kadang-kadang terasa macam masuk ke pekan yang telah dikosongkan pula, maklumlah baru jam 11.00 pagi dengan suhu yang sejuk dan berangin, mungkin penduduk di sini lebih gemar berpanas badan di rumah. Kami ke tepian pantai St Andrews. Angin amat kencang sekali, boleh melayang badan dek tiupannya. Sejuk tak terkata.
Perjalanan ke Dundee pula melalui jalan desa yang indah pemandangannya. Jika sebelum ini hanya menikmati pemandangan desa Inggeris melalui kaca TV, Alhamdulilah kini ia di depan mata! Ladang jerami dan bebiri luas mata memandang. Kami menikmati makan tengahari di Dundee (makan bekalan - nasi goreng, ikan goreng dan telur goreng -- namun amat menyelerakan!).
Pulang ke rumah malam hari. Salji di Edinburgh sudah mula mencair. Bila lagi agaknya dapat kami bermain salji di Edinburgh...
wassalam
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Dec-2003 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pegembaraan ke Glasgow dan Loch Lomond
|
|
20 Disember 2003 (Sabtu)
Jam 9.30 pagi kami sekeluarga keluar dgn KIA KARNIVAL ke rumah Lan dan Liza. Glasgow dan Loch Lomond di utara Scotland lokasi tujuan kami. Jika ingin tahu lebih lanjut kedudukan geografi dan sejarah tempat tersebut, sila ke laman suami. Nampaknya Hadi juga sudah sihat, apalagi, rancangan untuk mengembara diteruskan.
Aqilah paling seronok. Lama tidak berjalan jauh. Pertama kali keluar dari Edinburgh. Perjalanan kami ditemani oleh deraian hujan dan kabut yang agak menutup pandangan. Memujuk Aqilah untuk duduk di car seat tidak susah. Katakan saja Polis di UK garang-garang, dia percaya. Alhamdulillah Aqilah mudah mendengar kata. Hadi juga mudah tidur sepanjang perjalanan. Tiada kompromi seandainya ditahan polis. Dendanya £1000 sekali tangkapan kanak-kanak tidak duduk di car seat! Tak berbaloi.. sewa kia karnival pun baru £160 untuk 3 hari.
Kami pulang ke Edinburgh hari sudah malam. Perjalanan pulang pula ditemani oleh hujan salji! Besar kuasa Allah, Alhamdulillah saya dapat menikmati hujan salji. Deraian butiran salji menjunam menerjah cermin kereta. Kami berhenti sebentar di tepian highway, menikmati hujan salji. Sejuk sekali. Aqilah seronok mengaut salji yg menyerupai ais sagat di tanah, mengepal dan membaling bebola salji. Namun menangis akhirnya kerana tangannya sakit (frost bite) akibat tak pakai sarung tangan! Bising mulutnya merungut "salji gigit tangan Aqilah.."
Sesamapai di rumah, fenomena alam "arora" menyambut ketibaan kami. Walau malam, langit cerah kemerahan, seperti waktu senja. Fenomena ini berlaku akibat biasan dari salji dibumi.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Oct-2003 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Baru tiba Edinburgh
|
|
Kami baru datang Edinburgh.. kalau nak baca lebih lanjut pasal perjalanan kami dari KLIA ke Heathrow ke Edinburgh.. silalah rujuk majalah Pa&Ma Mei 2004, ruangan santai: m/s 134 dan 135 bertajuk PERJALANAN KE EDINBURGH. gambar lain-lain tu sewaktu kami menumpang di rumah Kak Ijan dan Abg Rosli di Wester Hailes selama 2 minggu. Kak Ijan dan Abg Rosli memang baik hati orangnya, senang dibuat kawan.
Lepas itu barulah kami ke rumah sewa sekarang ni, di Downfield Place...
|
|
|
|
|
|
|
[Archive]
|
|
 |
|